Dalam mengharungi hidup ini, seorang anak muda bernama Dali kelihatan termenung jauh di atas sofa panjang.Kebetulan pula, lagu nyanyian P.Ramlee dari radio berkumandang ketelinganya, "Diwaktu malam, bulan mengambang...damai lah damai..." sedang dia berseronok ikut mendendangkan lagu itu, tiba-tiba kedengaran ada orang ketuk pintu dengan kuat. "Tuk!tuk!, assalamualaikum..." Dengan pantas dia membalas salam suara tadi. Tapi dia bergegas masuk dapur rumahnya kerana dia hanya memakai seluar pendek. Kelangkabut dia memakai baju dan mengenakan seluar panjang. Maklumlah, tamu-tamu yang datang itu terdiri dari tiga anak dara remaja dari tempat kerjanya. Pada hari tersebut, yang ada dirumah dua bilik, Geylang Serai itu hanyalah dia dan ibunya. Sebenarnya, mereka datang menziarahinya kerana Dali baru sahaja pulang dari hospital akibat kemalangan di antara motosikalnya dan sebuah lori pengangkutan. Ibunya, Cik Amnah bergegas keluar lantas,"Silalah masuk",sambutnya pada tamu-tamu yang hadir dengan senyuman yang penuh mesra. Dali keluar dengan dulang serta tiga biji cawan.."Minumlah...teh bujang saja",sahut Dali."Wah! Cepat betul buat teh!", sampuk Azah, salah seorang dari mereka. Sambil berbual, ketiga-tiga anak dara itu pun minum serentak."Puh! " Tersembur air teh ke lantai. Dali tercenggang. "Apa kena ni Dali?", tanya Cik Amnah.."Garam Mak Cik!" serentak mereka menjawab. Cik Amnah bergegas ambil dulang dan tukar minuman tersebut. "Buat malu aku aja "cakapnya dalam hati.."Agaknya, Si Dali ni dah nak kawin tak?",sungutnya di dapur. Di ruang tamu pula, Dali ligat berborak. Walaupun kaki dan tangan nya luka, kehadiran gadis-gadis itu sudah cukup menyembuhkan hatinya yang pasrah pada mulanya. Beberapa gigi nya patah dan dia hampir digilis lori itu. "Dah lah tu Cik Dali", kata Amanah. "Lupakan saja motosikal...Bawa kreta sudah"tambahnya lagi." Nak bawa kereta lembu?"kata Dali."Saya mana ada lesen kreta"tambahnya lagi. "Pergi lah belajar...tengok Sabariah..dia dah pun lulus dan bawa kreta bapanya"kata Amanah.Sabariah hanya mampu tersenyum sedangkan Dali kelihatan seperti terpukul. "Ish!Ish!Ish! Dia Cabar aku dah", Dali berkata dalam hati.Pantang menyerah kalah. Setelah minum teh bergula, bukan teh bergaram.. mereka pun berbual panjang. Hanya Sabariah saja yang kurang berbual. Perasaan malu tak dapat dibendung kerana dia baru beberapa hari mula bekerja di tempat yang sama. Gaya nya membuatkan Dali terpikat dalam diam.."Akan aku selidik mana depatmen nya",berkata Dali dalam hati.Setelah itu mereka pun pulang.
Beberapa hari kemudian, setelah pulih sepenuhnya, Dali kembali ke pejabat nya. Kebetulan, hari lahir nya jatuh pada hari itu. Azah telah menyuruh Sabariah membuat kotak kek besar. Akan dia letakkan kek buatan nya sendiri di dalam kotak tersebut tanpa memberitahu Sabariah siapa kah 'Birthday Boy' pada hari itu. Kotak yang dibuat Sabariah perlu dikemaskan lagi dengan pembalut kertas cantik. Sabariah bergegas untuk pergi ke kereta. "Aduh!" sahutnya..Dia bertembung dengan Dali. "Maaf Cik Sabariah", kata Dali. "Hei! Kalau jalan tu buka mata besar-besar!"ujar Sabariah yang tak perasankan Dali.."Ops!...I tot..."..."I tot I saw a pussy cat".
"Yalah"..."Ini pussy cat Besau", Dali berjenaka. Lepas itu, Dali pun apa lagi...jual minyaklah.
Petang itu, sesudah habis bekerja, semua rakan-rakan pejabat yang ada berkumpul untuk meriahkan hari lahir sesorang. " Hadiran semua... kita akan menyambut hari lahir Encik Dali hari ini", teriak Azah. "Alahai! kenapa tak beritahu siang-siang lagi", bisik Sabariah pada Azah. "Saja nak SURPRISE everyone! Especially si Dali tu lah",jawab Azah.
"You ni macam ada apa-apa aja?, tanya Azah. "Ada apa? Ada hidung...takde lah",Sabariah cuba selindung. Dali merasa kekok tapi gembira sebab tak pernah sambut hari lahir seumur hidupnya. Dia sedar yang dia tu bukan dari keluarga berada. "Kawan-kawan...trima-kasih heh...siapa lah saya." Mat Geylang Serai!", teriak Rahimkamari."Dah lah tu! Cepat potong kek..Aku lapar ni", sampuk Roslan, kawan rapat Dali.
Dengan senang hati, Dali pun memotong kek cara professional, macam CHEF!
Semua gembira menjamu selera 'hi-tea' dengan kek Dali.
Hello! Dali...the time has come for you to CHANGE ; Follow me to find out the TRUTH out there..
ReplyDelete